RSS

Anne Tinggalkan Hot FM Ikut Suami Ke Doha.


Hari-hari terakhir Anne bersama HotFM

PENYAMPAI Hot FM, Anne atau nama sebenarnya Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli terpaksa meninggalkan stesen radio Hot FM kerana mengikut suaminya, Nik Mahathir Zainuddin yang bekerja di Doha.

Kerjaya Anne sebagai penyampai Hot FM akan berakhir pada 20 Ogos ini sebelum berangkat ke Doha lima hari kemudian. Mereka akan menetap selama lima tahun di sana.

Pemergian Anne dengan penampilan baru memakai tudung litup sejak 12 Julai lalu bakal membuatkan ramai rakan penyampai dan pendengar merinduinya.

Saat terakhir kemunculan Anne di Hot FM Mini Jam di Ipoh, Perak pada 31 Julai lalu juga membuahkan perasaan pilu di kalangan rakan-rakan penyampai dan Anne sendiri yang menitiskan air matanya tanda pemergiannya meninggalkan Hot FM.

Menceritakan tentang penampilan terbarunya itu, dia pada awalnya memasang niat untuk bertudung dari awal tahun ini, tetapi belum cukup bersedia ketika itu.

"Selepas saya dan suami pulang dari berbulan madu, terus saya nekad untuk bertudung. Masa mula-mula saya pakai ke pejabat, ramai yang terkejut," ujarnya.

Sesuai dengan penampilan barunya itu, Anne merancang untuk membuat perniagaan pakaian muslimah seperti jubah dan tudung secara dalam talian tidak lama lagi.

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

KELEBIHAN SEMBAHYANG TERAWIH.

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran
.

Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.

Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam Ke 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”





>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

KENDURI KAWEN ADAM N ZAHIDAH....

salam semua..lame dh xberblog nie.terlalu busy dgn kerja2 sebagai seorang student.pejam celik pejam celik dh pun nk masuk bulan Ramadhan.bulan yang amat ditunggu2 oleh umat Islam seluruh dunia.umur aku pun makin lama makin meningkat.

alhamdullilallah aku akan menghabiskan study aku pada tahun depan.dh 6tahun aku belajar lps SPm.lps SPm amik diploma lps tue smbg degree.niat nk amik master ader.insyaallah klu ader rezeki aku akan sambung.sem nie sem yg berat bg aku dan sem dpn.sbb sem nie ngan sem dpn kena wat thesis!!!!!aduyai..sabar jer la.nak xnk kena tempuh jgk.alhamdulilaallah semangat aku kuat.xsangka gak aku dh nk abis blaja.tue la aku ckp td pejam celik pejam celik dh nk abis blaja.

haa..kite cite ape yg berlaku selama nie.bnyk yg berlaku tp amik yg skit2 jer la.nie pun nasib baik ader masa nk bebrlog.klu x,mmg xde berblog la aku.baru2 nie aku pg ke Batu Pahat,Johor.member baik aku kawen.yg seronoknyer pengantin lelaki n perempuan kawan baik aku.sampai jgk jodoh diorg.semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.amiinnnn...

kat sane aku tidur umah member umah sewa aku kat parit raja.umah atok die pun wat kenduri kawen.puas aku makan nasi beriani johor...best2!!!.ape2 pun aku nk ckp terima kasih kepada member2 lame yg layan aku sepanjang aku kat sane.aku xkan lupekan korang..

kepada member yang dh abis blaja tue,jgn lupekan kawan2 lama.kite tgk sape yg kawen plk lps nie.hehehe..peace!!!



masa nie dh berpeluh dh.gile gambar la katakan.....



keenam6 member masa belajar kat UTHM.same2 abis blaja sem dpn.



semua teman2 rapat kt UTHM...




nie sape plk nie??huhu.nie kandang kambing dkt umah atok member.
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Wayang Terbaru "ADNAN SEMPIT".....


malam semalam aku n member aku sempt jgk pg tgk cite wayang terbaru.....cite nie agak kelakar jgk la..cerita nie bkn mengisahkan pasal mat rempit..tp pasal percintaan jgk la...percintaan yang agak kelakar..

watak utama yg tue la..yang tengah pegang motor kat atas tue..mmg sempoi la..die pandai melakonkan watak yang diberi.ada masa kena jadi mcm mat rempit,ada masa kena jd mat cintan plk..

ape2 pun cite nie mmg best la...martabatkan la filem melayu skit..nie sesuai ditonton semua lapisan la..walaupun ader sensor skit,tp xketerlaluan..jgn nk tgk yg tue jer..yang penting fun tue la...

orait..ape2 pun jgn lupe menonton filem nie.....chow..
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Rumput Yang Disayangi????

salam semua.kali nie saya nak post psl kasih syg, cinta n yg berkaitan dgnnya la senang...

post nie pun saya amik dr blog salah seorang rakan yg saya baru kenali...tima kasih pd die...

bacalah dulu yer :



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.




Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

ingat :

Allah memang sengaja menemukan kita dengan orang yang 'salah' sebelum kita bertemu dengan orang yang betul, kerana Allah mahu kita belajar tentang hikmah dan nikmat sesebuah perhubungan itu.


Maka sayangilah orang yan
g berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Duhai Si Pari-Pari.........

Filem terbaru yang sempat saya tonton, Duhai Si Pari Pari (DSPP). Filem sulung arahan pengarah tak ternama, Azmi Md. Hatta. Dalam hati sudah mengharapkan ia sebuah filem yang bisa memuaskan hati,. Maklum saja filem itu dibarisi nama popular yang pernah menang anugerah pelakon terbaik.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Liyana Jasmay, Que Haidar, Remy Ishak, Harun Salim Bachik dan Nabila Huda, rupa-rupanya masih tidak cukup kuat untuk menonjolkan DSPP sebagai filem yang menarik. Agaknya kerana harapan yang lebih tinggi diberikan.

Menontonnya dapat disimpulkan DSPP hanyalah sebuah filem Melayu tipikal dengan elemen komedi seperti memek muka pelakon yang berlebih-lebihan untuk memaksa penonton ketawa. Masih sesuai lagikah sekarang?




DSPP bukanlah filem yang gagal, namun kurang berjaya untuk menaikkan martabat filem Melayu yang kita lihat semakin maju dengan adanya pengarah hebat yang pernah mencipta nama di luar negara. Bukanlah berniat menjatuhkan, namun pengarah baru haruslah muncul dengan idea kreatif yang mampu membuatkan penonton berfikir secara produktif. Bukannya merasakan tidak berbaloi mengeluarkan duit semata-mata untuk menyokong filem tempatan.

Filem ini mengisahkan Si Pari (Liyana Jasmay) turun ke bumi untuk mencari cinta sejatinya biarpun dilarang oleh bapanya. Syadon (Que Haidar) seorang pemuda lurus bendul yang dicintai Si Pari bagaimanapun telah terpaut kepada wanita lain, Mala (Nabila Huda) yang mempunyai niat jahat bersama teman lelakinya, Budi (Remy Ishak).

Berjayakah Pari mendapatkan cinta Syadon dan dapatkah Syadon menerima cinta Pari setelah mengetahui siapa Pari yang sebenarnya?

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sampai Bila Nak macam nie?????

salam kepada semua.post kali nie agak sedih skit la..kenapa aku asyik mcm nie yer??ada saja xkena..penat aku mcm nie..tp mulut kata penat,badan still ble lagi nak wat..

aku xtau apa yg xkena ngan aku.kadang2 aku di atas,kadang2 di bwh..tp tue la lumrah hidup manusia kan.aku sentiasa bercakap sorang2..memikirkan psl diri aku,psl family n mcm2 lg la..penat dh otak nie..tue la yg aku kena tempuh skang nie..nak xnk kena wat jgk..

fikiran aku sekarang buntu psl cinta.adakah die masih cinta kan aku??adakah aku hanya bertepuk sebelah tgn??tp.....aku rasa mcm tue..bile aku tanya si dia,dia kate mane ade..

masalah aku skang bile ader pihak ketiga dlm hubungan...amat sukar untuk aku elakkan..aku dh penah kena masa aku couple sebelum nie..selalu orang yg dh penah kena msti dh serik..tp aku x...sbb aku fikir kalau aku xmampu nak tempuh,kawin nnti mcm mne..setiap masalah msti ader jln penyelesaian..

penat la otak nie................

dlm bercinta msti ader kejujuran...tul ke??leh pakai ke??aku rasa skang xleh pakai dh..bile kite jujur,yg belah sane xjujur plk...ish..ssh2....

apa yang aku nk skang nie adalah cinta yg sejati..cinta yg betul2 ori..aku dh penat bermain ngan cinta......

tuhan bekalkan la permaisuri hatiku.......


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SweetLovelyShoppe Cutest Baby Photo Contest.....


untuk pengetahuan aku xda anak lagi..tp aku still nak masuk contest ini....hahahaha...

kalau sesiapa nak masuk boleh trus ke link ini...

klik di sini...



nie anak sedara aku......detail2 adalah seperti berikut :

nama baby : Nik NurFAtihah BT Nik Mohd Sharir

nama ibu : Maihanizah Bt Mohd Hani..

umur baby : 5 bulan
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Yuran Dinaikkan????

salam semua...lama dh xpost blog nie.aku baru seminggu masuk praktikal.jd agak bz skit la.kua keje kul 7pagi.sampai tmpt keje 7.45 pagi.tempuh jem tue yg lama sgt.tp time balik masa aku akan bertambah.selalu nyer 45 minit jer..time balik dh jadi sejam lebih...perrhhhh...mau xpenat bile malam..time malam jer msti tdo kul 10 lbh..xlarat maaaa.

nie aku nak cite psl yuran kat tmpt blaja aku.xtau la nape naik.xkan sbb gula naik yuran ke naik plk kot.xpatut la mcm tue.ssh la mcm nie.consider la kami nie student.masih belum bekerja lagi.hasil duit yang kami dpt pun dari ibu bapa kami..

bayang dlu yurang cuma dikenakan rm230 saja..skang nie dh menjadi rm300 lebih.ape kisah disebalik nie sebnarnyer??patutnyer staff universiti bagitau kat kami kenapa jd begini..why this happen??..bile aku n member aku marah kat pihak universiti,diorang kata kami nie melampau,kurang ajar n mcm2 lagi la.

xkan nie semua permainan politik plk???..haish..susah2..yuran utk hostel pun dh naik.bkn ader pertambahan apa2 pun.

kat sni aku nak bagitau bukan cerita dongeng atau ape.sesiapa yang ada facebook,ble tgk apa yang berlaku.ble pg ke page aku n cari persatuan yang menentang kenaikan yuran....

harap2 benda nie semua akan dapat disettlekan.....


>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Selamat Tahun Baru 2010....

sebelum panjang lebar aku sembang dlm post kali nie,aku nak ucapkan Selamat Tahun BAru 2010.semoga tahun ini memberi seribu erti dan lebih bermakna kepada anda semua.

ape yang terjadi pada tahun 2009 jadikan iktibar dan pengajaran untuk korang lebih maju dan mampu berdikari di kaki anda sendiri.mcm aku gak la.bnyak pahit n manis yg aku lalui selama tahun 2009.mmg amat mencabar.dr kwn sekeliling n persekitaran aku s
endiri la jugak.tp alhamdulliallah aku mampu tempuh dan badan aku semakin hari semakin sehat.nie la berkat usaha aku sendiri.

azam aku tahun nie nak abis blaja cepat,nak balas jasa parents aku n family aku,nak kawin cpt(kawin ke??)...hahahahaha....
ape2 pun same2 la kite mendoakan kebahagian, keharmonian, kesihatan baik,rezeki berlipat kali ganda untuk diri kita,family kite dan umat Islam diseluruh negara.

SELAMA
T TAHUN BARU!!!!

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments