RSS

Perbezaan Maksud Antara Sahabat,Kawan,Rakan dan Kenalan...


Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan. Saya menggunakan istilah seperti 'sahabat saya', 'kawan saya', 'rakan saya' dan 'kenalan saya' bagi menerangkan perbezaan maksud antara istilah-istilah tersebut.


Sahabat Saya
Sahabat saya adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri saya, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik saya tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat saya adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada saya, dan saya juga begitu.

Sahabat saya adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu saya apabila saya berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan saya, menghilangkan kebimbangan saya dan sanggup berjuang demi kebaikan saya. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban saya. Mereka akan sentiasa melindungi saya.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan saya, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila saya memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan saya berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama saya, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi saya.

Sahabat kadangkala adalah penjaga saya, pelindung saya dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama saya.


Kawan Saya
Kawan saya ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan saya dan saya mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Saya selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan saya.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


Rakan Saya
Rakan saya ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, saya ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya saya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas saya, saya boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan saya, saya bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, saya dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.


Kenalan Saya
Kenalan saya mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila saya mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan saya adalah orang yang pernah berinteraksi dengan saya tetapi saya tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Saya perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber saya kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang saya pernah kenal di internet.

Kenalan saya boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada saya menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada saya menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.




>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

PREPAID MURAH.........

Kepada Kawan-kawan...

Apakah Anda ingin

- . Kereta yang besar
- . Rumah yang cantik
- . Punya bisnis sendiri
- . Kebebasan kewangan
- . Kaya dan hidup sempurna

Tetapi bagaimana ingin mencapai itu semua

- . Perlukan Modal Besar
- . Kelulusan tinggi
- . Kerja kuat

Bolehkah anda

Dengan bermodalkan RM45 anda boleh memulakan
langkah itu......


Kejar impian biarpun selangkah



Lawati :
http://Saudagarprepaid.com/?ref=157


Selamat berjaya!


mohd rafiq bin mohd hani
http://Saudagarprepaid.com/?ref=157
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Blogstarz: Apa Yang Kau Perlu Tahu Sebelum Lebur RM99 untuk Blog Sampah.....

Suku sakat Monsun Biz kembali lagi dengan berselindung di’sebalik nama blog.

Risau aku melihatkan orang Melayu yang mahu senang cepat tanpa peduli dengan apa cara sekalipun. Sebagaimana aku lakukan ke’atas Monsun Biz (yang entah kemana hari ini), hari ini Blogstarz akan menerima perkara yang sama.

Blogstarz adalah satu sistem penulisan blog di’Malaysia yang mendakwa menerima lebih 500,000 hits setiap hari dari seluruh dunia & akan di’lancarkan hujung tahun ini. Dengan bayaran serendah RM99, mereka yang berminat untuk menulis blog akan menerima ‘pelbagai keistimewaan’ sehingga mereka yang buta IT pun mampu menjana duit di’internet.

Ini adalah antara perkara yang perlu kau tahu tentang Blogstarz sebelum kau menyertai mereka kerana pujukan janji manis (aku tahu’lah kau Melayu tipikal sukakan duit mudah).

Blogstarz adalah Multi-Level Marketing (MLM)

Jika kau sudah menyertai mereka dengan bayaran RM99, seseorang yang sudah sedia di’dalam sistem mereka akan menerima komisyen RM15. Kau pun mesti mahu juga RM15 untuk balik modal, maka kau akan recruit lagi orang lain & secara automatik tergolong dalam mereka yang sangat annoying.

Komisyen tertinggi kau boleh terima adalah RM225 untuk satu pendafaran Pakej Director bernilai RM1,485. Bukankah MLM juga begitu konsepnya?

ClickShare Adalah Haram. Hah!

Kalau founder Blogstarz baca yang ini, pasti aku di’cincang lumat. Begini, ClickShare adalah satu sistem di’mana pendapatan dari pengiklanan di’kongsi bersama semua ahli. Konsep bagus. Tetapi, untuk menjana pendapatan ini, Blogstarz meminta ahli mereka untuk click iklan yang ada sekurang-kurangnya 15-20 kali sehari. Itu namanya penipuan dalam sistem pengiklanan.

Awal terbitnya Blogstarz, aku terlihat kelibat Google Adsense di’gunakan dan kini tiada lagi (kerana Google Adsense amat benci akan mereka yang meminta orang lain click & memberikan insentif). Iklan sekarang di’keluarkan sendiri oleh ODSB (salah satu syarikat berkait Blogstarz).

Bagaimana pengiklan mahu menjalankan pengiklanan jika mereka tahu click yang mereka dapat tidak neutral?

Karl Iskandar Bukan Sesiapa Dalam Dunia Internet

Aku tidak kata seseorang itu harus popular dalam dunia internet untuk mewujudkan sistem sebegini, tetapi sekurang-kurangnya kau perlu ada blog sendiri atau satu website yang kau bina dan berjaya menarik perhatian ramai. Aku tidak pernah kenal siapa Karl Iskandar.

Jika kau membaca biodata’nya, hobi Karl Iskandar adalah membaca & melayari internet. Sekadar melayari internet tidak akan membuatkan kau menjadi sesiapa. Build something remarkable on the net & people will recognize you.

Tiada Blog Dalam Blosgstarz

Blogstarz semuanya berkaitan recruit orang baru (selain sistem SMS yang ketinggalan zaman) supaya ahli mereka boleh menjana duit online. Teras terpenting blog iaitu kandungan yang bernilai & bagus tiada langsung di’tekankan dalam Blogstarz.

Founder Blogstarz hanya pentingkan duit untuk kantung mereka. Mereka mendakwa menerima RM5juta sebagai modal. Jika aku di’beri 1/5 dari nilai tersebut pun, aku boleh bina sistem yang jauh lebih baik & menawarkan nilai blog sebenar untuk masyarakat.

Kesimpulan

Jika kau berfikir untuk join Blogstarz ini kerana ‘peluang’ menjana duit yang mereka janjikan, kau perlu lihat apa yang terjadi kepada Monsun Biz. Tiada beza perjalanan mereka, Bermula dengan hype yang keterlaluan & berakhir dengan gagal yang kemaluan.

Orang-orang di’belakang sistem Monsun Biz & Blogstarz ini tidak tahu apa-apa tentang internet, tentang berubahnya cara manusia berkomunikasi, berfikir & perniagaan itu sendiri. Mereka hanya ingin sertai kerana duit.

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

BERCUTI KE CAMERON HIGHLAND....

kat atas puncak gunung...

posing yg paling baik la...


mat2 bunga semua tue....

nie semua kwn2 aku kt UNISEL...diaorg nk sgt pg sni..xpnh pg diaorg ckp..jd aku n member aku yg kt ipog jgk bwk la diorg pg cameron highland...ye la..bkn senang kul 1 ptg masih rasa sejuk2 lg..klu kt KL mcm la dpt rasa suasana mcm nie...huhu...ape2 pun diaorg happy dtg sni...tue yg paling penting...

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kontroversi Baju Cheryl Samad @ AJL 23


Aku amati betul-betul baju merah yang dipakai oleh Cheryl Samad ketika malam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 23, wow baju tersebut seperti menampakkan puting payudaranya, memang tersembul keluar. Tak pakai bra ke kak?

Bagaimanapun, kita akan dapatkan komen daripada pihak Cheryl Samad & produser mengenai baju yang dipakainya tempoh hari. Mana lah tahu, mungkin baju tersebut terlalu nipis, ditambah pula dengan lampu spotlight yang kuat, sudah tentulah menampakkan apa sahaja bende yang sepatut dilindungi. Cheers!

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

GAMBAR SAIFUL APEH DAN SELUAR DALAMNYA...

Rasanya, gambar ini diambil ketika pengambaran Sifu & Tongga, terkantoi pula Saiful Apek menayang celah kangkangnya.
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

jom tambah pendapatan anda!!!!


percaya xanda dengan bermodalkan hanya RM1o anda boleh sertai bisness ini??
jgn xpercaya..
anda cuba dahulu...
sekarang masa untuk menambahkan pendapatan...
apa kata join bisness ini...
modal yang rendah..pulangan yang agak lumayan...
ye dengan RM1o saja...
RM10 saja...

jd...
copy n paste link ini:

www.kliks.my/papajahat/
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments


Perkahwinan Adat Jawa & Helikopter

Majlis Persandingan Mawi & Ekin di Felda Taib Andak mencipta sejarah apabila menjadi artis tempatan pertama yang menaiki helikopter ke majlis persandingan mereka. Kedua-dua mempelai diterbangkan dari Hotel Sofitel kira-kira pada jam 1.00 petang dan mendarat di perkarangan padang Sekolah Rendah Sinar Bahagia, Taib Andak kira-kira pada jam 1.30 petang. Juruterbang Kapten Zuraidi Muhamad dan Kapten Halim Abdul Rahman adalah orang yang bertanggungjawab menerbangkan helikopter tersebut.

Tidak cukup dengan itu, pasangan Raja Sehari, Mawi dan Ekin telah menaiki sebuah Mercedes CLK 350. Yang menjadi luar biasa Ekin yang memandu kereta mewah tersebut sambil Mawi melambai-lambaikan tangan ke arah peminatnya. Mereka diarak menuju ke Padang Awam Felda Taib Andak dengan diiringi deretan motorsikal berkuasa tinggi serta beberapa buah kereta antik daripada kumpulan Johor Bikerz.

Majlis Persandingan Mawi & Ekin menjadi lebih meriah apabila diserikan dengan acara pembukaan iaitu persembahan Silat Sendeng Hang Tuah setibanya mereka di pelamin. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa untuk memohon keberkatan dan disusuli dengan sesi bergambar dengan kaum keluarga yang hadir.

Para peminat yang hadir tidak dilupakan, Mawi dan Ekin mengambil peluang yang ada untuk bersalam-salaman dengan peminat sebelum masuk ke dalam dewan untuk upacara persandingan di pelamin ala Kraton Jawa yang tersergam indah. Majlis persandingan yang bertemakan Jawa itu dilengkapkan lagi dengan Payung Jawa yang besar dan persembahan barongan oleh Kumpulan Barongan Parit Raja.

Majlis persandingan Mawi & Ekin tambah meriah apabila dikendalikan oleh Yassin dan Bob Kuman selaku pengacara di dalam dewan, manakala Johan dan Zizan menguruskan acara di padang awam.

Seperti biasa acara menepung tawar dilakukan oleh kedua-dua pihak keluarga dan diikuti dengan majlis makan beradab. Sesi bergambar bersama keluarga, sanak-saudara, pihak penaja, wakil media serta kakitangan Astro dan Maestro Talent diteruskan untuk menjadi kenang-kenangan.

Tetamu yang hadir dijamu dengan Menu Jawa antaranya Nasi Halia, Ayam Penyet Pecelele serta ulam-ulaman dan aiskrim Cornetto Wall's sebagai pencuci mulut. Majlis persandingan ini berjalan lancar seperti yang telah dirancang dan selesai kira-kira pada jam 5 petang dan diikuti dengan sidang media bersama pihak media yang hadir.

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

masa utk belajar balik..........


mggu depan dh nak start kuliah...fuhh...pejam celik pejam celik dh masuk 2nd year 2nd sem...tue pun aku wat trnsfer kredit...

sem nie aku duk lua...baru anak jantan duk lua...huhu...tp maybe final year dul dlm balik kot..nak tumpu pd projek nnti...

ok la...kepada yg kembali ke kampus,semoga berjaya dlm semester kali ini....
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

bercuti di langkawi....

bersedia nak balik ke Kuala Lumpur Airport

ni kat tasik dayang bunting,langkawi..nak elakkan mandul..huhuhu

nie baru smpi kat airprot Langkawi....Air Asia tue...

dalam flight ke Langkawi


seronok gak pg bercuti ngan member2 nie...mcm2 perangai ada..ada yg nak pg sni la ada yg xnk la tp xpe atas ketua rombongan iaitu saya semua mslh dpt disettlekn...huhu...kitaorg pg langkawi 17hb 10 2008...pg balik langkawi naik flight..tiket flight tgh murah..jd tempahla awal..lgpun ader projek kena wat...pg korang tau nak ape??
pg naik AIRASIA lps tue balik ke KL naik MAS...hehehehe..mcm xcaye je turun kat KLIA..dh rase mcm blaja kat lua negara...best la pg bercuti ngan kwn2...duk kt sane selama 3hari 2 mlm...dh mcm wat shooting lak..ye la rancangan 3hari 2mlm..xkn xtau kot....

akak aku yg sulung suruh belikan pinggan..kotak dh la besar...tp xpe..aku kn adik yg baik..ahksss..nasib baik xde ape2 bile smpi KL..aku takut pinggan pecah jer..huhu.

ok la..
lain kali kite pg bercuti lg..
insyaallah...
see u soon...
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments