RSS

Broga Hill.....

salam semua. alhamduliaallah aku berjaya mengharungi cabaran masa aku belajar degree ni. macam xpercaya pulak aku dah abis belajar. apa org putih kata "i'm unbelievable..."lama jugak aku xmencoret kat blog ni. sebenarnye banyak cerita nk diceritakan tapi masa untuk berblog terlalu terhad. so terpaksa la semester akhir yang baru lepas nie dikorbankan untuk menumpukan sepenuhnya pada semester akhir ini.

minggu lepas hari khamis bersamaan 24 MAC 2011, adalah sesi pembentangan (presentation) untuk projek sarjana muda aku. alhamdulliaallah berjaya jugak aku lepasi tahap tue. tapi agak menggigil jugak la. mana xnyer, banyak sangat panel tanye. bak kata member baik aku, bila panel tanye je, jwb je " based on my reading..."....hahahaha...kelakar pun ader. tapi berjaya jugak la putar-putar sikit dekat panel tue. haaa..lupe pulak nak bagitahu tajuk projek sarjana muda aku. tajuk thesis aku berbunyi " ANALYSIS AND DESIGN AERODYNAMIC AND BODYWORK FOR FORMULA SAE MODEL UNISEL SAE-1"...disebabkan tajuk yang terlalu meluas, jadi aku fokus pada dua part pada kereta lumba tersebut..

aduh..dah melalut pulak. sebenarnyer aku nak bercerita pasal aktivit weekend aku baru-baru nie. baru-baru ni member rumah ajak naik broga hill. aku confius la jugak nak naik untuk apa. dia kate ikut je sudah. orait. xde hal la semua tu. aku follow je la..

ari sabtu malam ahad bermula lah pengembaraan kami seramai 9 orang ke borga hill yang mengambil masa selama sejam setengah dari kampus induk aku nie la. orang cakap kalau nak naik borga hill jgn pergi awal sangat. pergi nak dekat-dekat subuh. jadi sebelum aku dan member2 menuju ke borga hill, kami singgah dulu die downtown Cheras. pusing-pusing cari pasal dulu.

dalam kul 3 pagi lebih kurang, kami bergerak menuju ke Borga Hill yang terletak si Semenyih. kira-kira dekat jugak dengan negeri sembilan. jauh jugak aku dgn member-member berjalan. xde hal la semua tue. kalau dh minat, semua benda jadi.

sampai di kaki bukit Borga Hill lebih kurang pukul 4.15 pagi, kami menyiapkan diri dengan memakai pakaian untuk mendaki. aku cuma memakai seluar pendek dan singlet saja. kalau berpeluh senang sikit nak lap. dengan berbekal kan lampu putih, perjalanan kami agak berjalan dengan lancar.

kami sampai di puncak Borga Hill lebih kurang pukul 5.15pagi. masa tue belum ada ramai lagi pendaki. semakin waktu menghampiri ke siang, semakin lama semakin ramai pendaki yang naik ke puncak. ada yang tua, ada yang muda, kanak-kanak pun ada. gila kagum aku tengok kanak-kanak ngan orang tua baya mak aku. malu la aku kalau puncak Borga Hill xdapat aku tawan..

alhamdulliaallah perjalanan aku dan kawan2 berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. seronok gak dapat buat aktiviti macam ini. insyaallah kalau ade rezeki lagi, kita buat plan lain pulak. bawah nie ada gambar-gambar yang sempat di snap...have fun!!!!





tuan empunya blog......





panorama di atas puncak Borga Hill.....






Disebalik lalang yang ada di atas puncak....






Team-team gagak hitam.........









>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: