RSS

Perbezaan Antara Orang Asia Dan Orang Eropah.

Anger


Westerners: Show that I am angry.
Asians: I am angry, but still smiling... (Beware!)






Contacts

Westerners: Contact to related person only.
Asians: Contact everyone everywhere, business very successful.



Punctuality

Westerners: on time.
Asians: in time.



Way of Life

Westerners: individualism, think of himself or herself.
Asians: enjoy gathering with family and friends, solving their problems, and know each other's business.




Opinion

Westerners: Talk to the point
Asians: Talk around the circle, especially if opinions are different



>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

DUBAI CONSTRUCTION











>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN

salam semua pembaca blog. lama sudah aku tidak mencoret-coret di blog ini. terlalu sibuk dengan assignment dan thesis.

alhamdulliaallah kita umat Isalm sudah pun menempuh bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan bulan keindahan Umat Islam. sekarang ini sayu jer hati aku mendengar takbir raya yang berkumandang di masjid yang berdekatan denagn rumah aku ini. sedihnya sebab terfikir adakah aku akan bertemu jua dengan bulan Ramadan yang akan datang. sayu hati ini.

apa-apa pun aku di sini ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana pun anda. beraya tue beringat2 lah yer. yang ingin pulang ke kampung halaman, berhati2 di jalan raya.

SELAMAT HARI RAYA!!!




>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Karangan Pelajar Sekolah Rendah.

Salam Merdeka...merdeka!!!!!...merdeka!!!!

hari nie genap Hari Kemerdekaan Malaysia Yang ke-53. Dan hari ini adalah hari ke-21 umat Islam berpuasa. Lebih kurang hanya tinggal 9 hari lagi untuk kita berhari raya.

Alhamdulliaallah persiapan untuk menyambut hari raya aku kali ini sudah pun lengkap. Minggu lepas aku dan sahabat2 ku pergi terjah Jalan Tun Abd rahman. Tempat yang wajib untuk orang-orang kl membeli-belah.

Sebenarnyer aku nak bercerita pasal salah satu karangan yang ditulis oleh pelajar sekolah rendah tapi xtahu darjah bape. ayat budak nie memang power. Amat menarik sekali karangan beliau. Untuk tahu isi dalam karangan ini, apa kata korang baca karangan ini yang bertajuk : HANTU. Lepas tue nanti komen la kat post aku nie..




>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Taktik Menculik Kanak2 di Shopping Complex.

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JBSubject : Child Kidnap Trick in Carrefour, JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mail! Please, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.Wanted to share something that happened today while shopping at Carrefour. A mother was leaning over looking for meat and turned around to find her 4 years old daughter was missing. I was standing there right beside her, and she was calling her daughter with no luck.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.I asked a man who worked at Carrefour to announce it over the loud-speaker. He did, and left me, he immediately walked right past me when I asked and went to a pole where there was a phone. He made an announcement for all the doors and gates to be locked, a code something. So they locked all the doors at once.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.This took all of 3 minutes after I asked the guy to do this. They found the little girl 5 minutes later in a bathroom stall drugged. Her head was half shaved, and she was dressed in her underwear with a bag of clothes, a razor, and wig sitting on the floor beside her, to make her look different ..

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.Whoever this person was, took the little girl, brought her into thebathroom, shaved half her head, and undressed her in a matter of less than 10 minutes. This makes me shake to no end. Please keep a close eye on your kids when in big places where it's easy for you to get separated like Shopping Malls. It only took a few minutes to do all of that. Another 5 minutes and she would have been out the door.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.I am still in shock that some sick person could do this, let alone in a matter of minutes. The days are over when our little ones could run rampant all over the place and nothing worse would happen then them annoying people. The little girl is fine. Thank God for fast workers who didn't take any chances .

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

The World's First Ferrari Theme Park-Dubai

salam. Hari ini adalah puasa yang ke 16. Cepatnyer. Cuaca agak pns sedikit. Nak pergi kelas jer mesti kena redah kepanasan yang melampau.

Hari ini aku nak berkongsi sesuatu benda yang agak menakjubkan bagi aku. Dubai merupakan syurga membeli-belah (ini orang yang cakap la.aku xpernah pergi lagi jadi xtau betul atau tidak). Jadi aku ada ambil sedikit sebanyak pasal theme park Ferrari disana. Bacalah yer :-

The world ' s first Ferrari Theme Park - Ferrari World Abu Dhabi is set to open in october 2010.Announced as 'an intense multi-sensory experience and a must-visit for enthusiasts, fans and families '


The park pays tribute to the passion, excellence, performance, technical innovation that Ferrari has established over the years and represents today. its iconic sleek red roof is directly influenced by the classic double curve side profile of the ferrari gt body, spanning 200,000 m2 and carrying the largest ferrari logo ever created.

Ferrari world Abu Dhabi will host a number of attractions, including rides for children of all ages,providing the complete ferrari experience: over 20 state-of-the-art attractions, each designed to
bring to life a different part of the ferrari story, including the world’s fastest rollercoaster, travelling at speeds exceeding 200 km/h and emulating the thrilling sensation of being in a Ferrari F1 car, or the g-force experience taking passengers on an adrenaline-pumping ride up over 62 m, through the roof and back down again.

The park is located on yas island - set to become a global tourist destination with a wide range of accommodation and entertainment facilities - on the north east side of Abu Dhabi ’s mainland.
Abu Dhabi , at the crossroads between Europe, Asia and Africa, was chosen as the ideal location to build the Ferrari theme park, motor sports being extremely popular in the United Arab Emirates.Ferrari world Abu Dhabi will offer a unique and intensely fun way, together with a wide variety of italian delicacies, and of course unique shopping experiences.





nie roller coster kat theme park tue..












>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

MERDEKA KALI KE-53.

salam. Hari ini sudah masuk hari ke 14 umah Islam berpuasa. Insyaallah lagi 16 hari lagi untuk tempuh bulan puasa ini. cepat betul masa berlalu.

Dan lagi beberapa hari kita akan menyambut sambutan Merdeka kali ke-53. Masa sekolah dulu teringat sambutan kemerdekaan yang dijalankan. Macam-macam majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ada perarakan hari kemerdekaan,pakaian merdeka dan bermacam-macam lagi la.





kepada anak-anak muda di luar sana, ingatlah jasa pejuang-pejuang bangsa kita yang bermatian-matian menjaga tanah air kita ini. Jadi ingatlah tarikh merdeka ini sampai bila-bila.

MERDEKA!!!!!!

MERDEKA!!!!!!

MERDEKA!!!!!!








paper lama....
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

PERTONAS MERDEKA 2010 - (KERETA BURUK)

salam. Tidak lama lagi Malaysia akan menyambut Merdeka kali ke-53. Nak menceritakan bagaimana Malaysia Merdeka memang agak panjang. Lagipun bidang aku bukan bidang sejarah. Tapi sedikit sebanyak aku juga tahu pengorbanan pejuang-pejuang negara terdahulu. Tanpa mereka siapalah kita. Jadi di bawah ini ada satu sedutan khas sempena Merdeka kali ini...

Merdeka!!!...Merdeka!!!!....Merdeka!!!



>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

THE CURVE, DAMANSARA.

salam. Hari nie saya berbuka puasa di The Curve Damansara. Masa berpusing-pusing kat shopping kompleks tue, dapat la sambar satu baju. Tapi baju tue beli dekat One Utama dekat juga dengan The Curve. Ingat nak makan dekat One Utama tapi full booking tempat makan. Jadi aku dengan budak-budak ini berpindah la tempat makan menuju ke The Curve. Nasib amat menyebelahi kami, ade tempat kosong kat satu tempat makan nie yang dinamakan Waoreng Penyet. Harga not bad la. Ok juga la. Makanan memang sedap-sedap belaka. Sampai menjilat kaki,kuku dan tangan. Orang memang terlalu ramai. Jadi kepada sesiapa yang belum mencuba makanan di kedai ini, cuba-cuba la. ok....





ayam penyet (RM7.90)




Bakso Penyet (RM6.90)
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Wajah-Wajah 1Malaysia...

salam. hari ini tidak tahu nak tulis post ape. masa aku bukak gambar lama-lama, berminat pulak untuk aku post gambar-gambar ini. ini semua gamba member-member tempat belajar aku. kebanyakannya housemate aku. ini semua menggunakan Canon DSLR 1000D. kamera kesayangan aku. apa-apa pun kite enjoy.......1MALAYSIA!!!!






















>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Usaha Tangga Kejayaan.

salam ramadan kepada semua. hari ini dh masuk hari ke sembilan kita berpuasa. dan malam ini malam ke sepuluh terawih. alhamdulilallah kita masih bertemu semula di bulan Ramdhan bulan yang penuh dengan keberkatan. di bulan inilah kite perlu mempebanyakkan amalan-amalan untuk kite menempuh akhirat yang akan tiba kelak.

hari ini aku terfikir untuk berkongsi suatu perkara yang sudah ramai orang tahu tentang tajuk blog hari ni. bak kata pepatah "usaha tangga kejayaan". ape itu usaha??apa itu tangga??ape itu kejayaan??..wah...dh jadi mcm pakar motivasi pulak aku hari ni. setiap perkara yang kita buat perlu ada usaha. cthnya mcm nak makan. kena ke kedai,beli barang,lps tue dh beli brg, potong bwg ke,blend bawang tue ke,lps tue masak. klu xmasak kat umah pun beli kt kedai. nk ke kedai pun kena usaha jgk. kalau malas alamat nyer berlapar la. tue pun salah satu usaha.

kadang2 aku rasa usaha yang aku buat mcm sia2 saja. tue lah manusia kan. xpnh cukup dengan apa yg diberi. bagi yg itu nak yang ini. alhamdulliaallah sem nie adalah final year aku. insyaallah aku ader lagu satu sem untuk ditempuh. walau penuh onak dan duri pun aku perlu tempuh untuk menggapai cita2 ku untuk menjadi seorang JURUTERA.

tapikan berbalik pada cita2 aku. dr sekolah dulu asyik bertukar jer. xpnh nk tetap. ni pun mcm rasa "betul ke aku nk jadi engineer nie?". masa sekolah rendah nak jadi polis, lps tue nk jadi bomba. naik pulak sekolah menengah nak jadi peguam, lps tue nak jadi ahli politik, lps tue nak jadi doktor. lps spm apply course mcm2. hehehe..nak tergelak jugak course yang aku mintak. mcm2 ada. aku mntk course perhutanan,civil,electrical,IT,business and last sekali mintan mechanical. yang last tue yang mengena. rezeki dr Allah..aminnnn...


usaha anda bermula dari sini...


kepada yang selalu menghadapi kesusahan tidak kira dari segi apa, korang perlu tahu
bahawa :-

biar tergolek,

biar tersepit,

biar tersembam,

biar sakit,

biar menangis,

dalam hidup kita mesti ader usaha...sebabnyer bila kita dah rasa sakit,bila dh tergolek,bila dh semua tue, baru kita tahu kehidupan ini sebenarnyer mcm mane. orang kata pahit itu ubatnya. jangan salahkan takdir. sebab itu semua dugaan yang Allah nak bagi kat kita. semua orang cara lain2. jadi berusaha lah anda demi kejayaan anda sendiri. xde sape yang boleh mengubah diri anda melainkan empunya diri itu sendiri.....



renung2kan lah......
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

The Expandables 2010 (Wayang Terbaru)

salam semua. hari ini dah masuk hari ke lapan kita umat Islam berpuasa. cepat betul

masa belalu. betul la kata pepatah "masa itu emas". kita yang kena kejar masa.

bukannya masa menunggu kita. yang tidak rajin pergi terawih itu, rajin-rajinkanlah

diri itu. masa inilah kita hendak kumpulkan pahala sebanyak mungkin kan.


ok. berbalik pada post hari ini. baru-baru ini aku pergi tengok wayang dengan member-

member selepas berbuka puasa. kitaorang berkumpul ramai-ramai untuk berbuka puasa

bersama-sama. memang xrancang pun nak tengok wayang. tapi dh xtahu nak buat ape jadi

muncul lah idea nk pergi tengok wayang. nak tengok THe airBENDER ader member tue dh

tengok. jadi cari cerita lain. last-last keputusan bersama telah dicapai. hahaha.

kami tengok cite baru keluar wayang punyer (baik punyer) THE EXPANDBLES 2010.



watak-watak yang adal dalam cite nie memang mantap-mantap la. semua pelakon yang dah

berusia. banyak aksi yang tidak sesuai untuk budak-budak (tue pendapat aku la) tapi

depend pada ibu bapa yang nak bawak anak tengok cite nie.


kepada penggemar2 cerita wayang,jangan lepaskan untuk menonton cerita ini. kelakar

ader, ganas pun ada. yang penting kite enjoy...yeaaahhh!!!


nie la pelakon2 nya....
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kombinasi Solat Terawih, Puasa Alternatif Amalam Hidup Sihat.


KAJIAN mengenai hikmah berpuasa sudah banyak dibuat bukan saja sarjana Islam bahkan pengkaji Barat seperti garapan Steve Meyerowits dalam buku Fasting and Eating for Health, Richard Schult dalam Juice Fasting, the Power of Healing dan Phyllis Balch dalam Prescription for Nutritional Healing.

Semuanya secara tuntas membuktikan kebaikan amalan berpuasa. Selain itu, kajian mengenai kebaikan amalan bersahur juga mula dibuktikan secara ilmiah. Contohnya, kajian s
emasa menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan.

BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis. Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risik
o 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding mereka yang jarang bersarapan pagi.


hiasan semata-mata..


Kajian Dr Theresa Nieklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya terhadap 700 pelajar dari Louisiana seperti dilaporkan Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001 menunjukkan, mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah).

Kini, perkembangan teknologi dan ilmu menyebabkan saintis bukan saja berjaya membuat lebih banyak kajian berkaitan manfaat puasa dan sahur, bahkan terhadap amalan tarawih yang lazim dilakukan setiap malam Ramadan. Ketika berpuasa Ramadan, umat Islam digalakkan menunaikan ibadat solat tarawih secara berjemaah di masjid. Solat tarawih ditunaikan sama ada lapan atau 20 rakaat setiap malam sebenarnya adalah suatu aktiviti fizikal sederhana.

Secara saintifiknya, kesan aktiviti fizikal sederhana dan berpuasa terhadap komposisi badan boleh dinilai dengan menggunakan teknik bioimpedans (BIA). Kajian sekumpulan penyelidik Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya, mendapati ada beberapa kesan positif terhadap kesihatan seseorang yang bersolat tarawih. Kajian selama 20 hari dilakukan kepada 18 peserta lelaki yang sihat tubuh badan berumur antara 19 hingga 21 tahun, dimulakan pada 30 Syaaban (Pengukuran Analisis Bioimpedans awal) dan berakhir pada 20 Ramadan (pengukuran BIA akhir).

Kajian yang dilaporkan dalam buku berjudul Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains itu dijalankan berdasarkan standard dan saranan Persatuan Pemakanan Malaysia (PPM). Menurut PPM, untuk memastikan kesihatan berada pada tahap optimum, seseorang itu bukan hanya perlu melakukan senaman, juga menjaga pemakanan (diet). Pergerakan fizikal dalam solat tarawih didapati meningkatkan aktiviti otot badan selari peningkatan kadar metabolisme basal (BMR) daripada nilai purata 1,455 kal kepada 1,486 kal. Juga didapati penurunan nilai jisim lemak badan (FM) sebanyak 21 peratus. Keadaan ini sebenarnya setara aktiviti senaman aerobik sederhana dan amalan pemakanan seimbang yang boleh mengurangkan lemak badan. Penurunan nilai jisim lemak itu menunjukkan solat tarawih dan berpuasa adalah kombinasi yang boleh menghasilkan kesan sama seperti senaman aerobik sederhana dengan amalan diet seimbang.

Maka, jelas di sini solat tarawih sebenarnya berkesan untuk mengurangkan lemak yang berkumpul dalam badan. Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru akan mula meningkat dan memenuhi ruang. Hasilnya, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu. Selain itu, solat tarawih mengurangkan nilai glukosa. Lazimnya pergerakan solat tarawih kira-kira 140 minit dalam satu sesi menurunkan kadar glukos dalam badan dengan nyata, keadaan ini sama dengan keputusan jika senaman tahap sederhana dilakukan melebihi 150 minit seminggu. Kesan nilai komposisi badan yang lain ialah pertambahan jisim badan tanpa lemak seperti komponen sel dan tisu yang tiada lipid (lemak) termasuklah air, tulang dan tisu penghubung, menunjukkan tahap kesihatan lebih baik.

Dengan peningkatan BMR, pembakaran lemak dalam badan turut meningkat. Natijahnya, kandungan lemak dalam badan semakin berkurangan dan secara tidak langsung mengurangkan mendakan lemak dalam salur darah membolehkan kekenyalan salur darah meningkat. Bagi sesetengah individu yang sentiasa mengeluh kerana tidak berdaya berjemaah terlalu lama semasa solat tarawih, kajian Dr Yusof Abbas menerusi bukunya Bio-Mekanik Solat sewajarnya dijadikan renungan. Menurut beliau, kedudukan yang sempurna ketika solat seperti amalan regangan otot dan tendon secara betul ketika mengangkat takbir, meletakkan tangan di dada, ketika rukuk, sujud, duduk antara dua sujud akan memberi kesan positif kepada kesihatan.

Semua regangan yang betul ini jika dilakukan dalam tempoh lama akan meningkatkan aliran darah selain aktiviti ‘kembang kuncup’ otot pada bahagian yang terbabit. Ketika sujud, sebenarnya sudah berlaku regangan otot bahu, lengan, belakang badan, punggung, pelvik, peha dan betis. Malah, akan berlaku juga regangan otot di sekeliling anus dan otot sekeliling pangkal kemaluan lelaki serta otot uterus wanita. Dengan kata lain, ada persamaan regangan otot ketika senaman ‘batin’ yang biasa diamalkan seperti senaman harimau atau teknik tertentu dalam gerakan yoga. Banyak kajian jelas membuktikan solat tarawih dan berpuasa memberikan manfaat dari sudut kesihatan.

Selain itu, kajian juga menunjukkan kombinasi solat tarawih dan berpuasa dari sudut kesihatan tubuh badan adalah bersamaan dengan senaman dan diet. Oleh itu, kombinasi ibadat solat tarawih dan berpuasa boleh menjadi alternatif dalam mengamalkan gaya hidup sihat serta boleh diamalkan bagi individu yang ingin menguruskan badan.
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Gambar Dari Canon 1000D.

salam. ramai orang yang baca blog aku ini terkejut dengan kemunculan aku semula. aku sudah lama pun menyepi dari arena berblog ini. tp inilah darah daging aku. haha.

hari ini aku ingin menceritakan pasal kamera DSLR aku yang aku minat sangat2 dan belai seakan anak aku walaupun aku belum berkahwin lagi. aku memilik DSLR 1000D CANON. ini hak milik aku sendirian. tidak dikongsi dengan sesape pun.


aku pun tidak tahu macam mana aku boleh berminat untuk memilik DSLR ini. mungkin sebab pengaruh rakan sebaya kot. tapi untuk yang baru2 berkecimpung dalam arena DSLR ini, aku sarankan korang semua belilah jenis dr company NIKON dan CANON. sebab company ini memamng terbaik dari segi pencapaian dalam pembuatan DSLR.

di bawah ini ada beberapa gambar yang aku snap dari DSLR CANON 1000D. aku pun baru juga dalam arena ini. jadi kalau ader jurugambar profesional yang sanggup ajar aku, bagi2 la sikit ilmu tue.




gambar masa di SEOUL GARDEN.



semasa bercuti bersama keluarga di SARAWAK.




siapakah gerangan si kecil ini??.
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Salam Ramadhan 1431 Hijrah

rasa macam xcaye jer dh puasa kan. cepat betul masa berlalu. thesis aku pun xjalan2 lg nie. mcm mane??aduhai...

tahun nie umur aku dh pun 24tahun. laju jer masa nie. nape laju sgt? pelan2 la. bnyk lg aku kena wat nie. tp pepatah melayu ader berkata " MASA ITU EMAS".

aku mengharapkan ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding tahun2 lepas. yg dh berlaku biarkan ia berlaku. yang akan tiba perlu harung dengan bijaksana.


jangan kenyang2 sgt masa berbuka....


dan aku juga mengharapkan tiada lagi persengketaan dan permusuhan antara sesiapa pun. aku bila nak sahur mmg payah sikit. kalau kat rumah sewa mmg xde idea nk makan ape. cuba kalau kt umah, bukak2 tudung saji jer msti ader makanan..hahahaha..

teringat masa kecik dulu2. time posa nie la masa yg ditunggu2. mana tak nyer. mase org terawih, aku pg main mercun ke buat bising ke. selagi xde AJK masjid mrh, selagi tue la main. penah sekali balik dr sekolah rendah, masa tue panas terik sangat. tekak dh kering. air liur dh telan bape bnyk sampai dh xde air liur dh. hahaha. xpenah2 rajin mandi lps balik dr sekolah. masa ari tue, rajin la pulak. masuk la toilet nak mandi. mak aku pelik nape aku xkuar2 dr toilet. aku pun kuar dr toilet. mak aku senyum jer kat aku..alamak!!!..mcm dh tau jer..sorry mak. anak mu xtahan sangat la. dahaga sangat..huhuhuhu...

ape2 pun tue masa zaman muda-mudi dulu. nie dh zaman dewasa. xble wat mcm tue lagi.

sebelum aku stopkan celoteh2 nie, kat sni aku nk ucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.....puasa jangan xpuasa...




jom terawih weeiiiii!!!!!!
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Blackberry Haram???

ader sesiapa memilik Blackberry????......


lambat gak aku nie. member aku skang yang pakai blackberry dh kecoh psl hal nie. baru2 nie negara di UAE telah mengharamkan Blackberry atas sebab2 keselamatan. jadi jom tengok petikan yang sempat aku amik :-

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengisytiharkan telefon pintar Blackberry sebagai mengancam keselamatan negara itu atas alasan peralatannya berfungsi di luar undang-undang dan boleh disalahgunakan.

Kontroversi terbaru Blackberry ini adalah yang kedua di UAE selepas pengusaha telefon bimbit terbesar, Etisalat, menggalakkan 145,000 pengguna telefon pintar itu memasukkan perisian membenarkan ia diperiksa pihak luar.

Pihak Berkuasa Peraturan Telekomunikasi (TRA) UAE bimbang Blackberry boleh disalahgunakan kerana ia satu-satunya telefon yang menyampaikan maklumat pengguna secara automatik kepada pusat data di luar negara.

RIM memberi panduan pengguna membuang perisian yang membolehkan pihak luar memeriksa Blackberry mereka.

TRA menekankan, peralatan BlackBerry beroperasi di luar undang-undang tempatan kerana ia menghantar data ke negara luar untuk diuruskan pertubuhan komersial asing.

baru la aku tau sebab ape diharamkan. jadi boleh jadi ke Malaysia akan mengharamkan jugak penggunaan Blackberry ini??. kepada yang dh membeli, berhati2 la. takut diharamkan penggunaan di Malaysia pulak. yang nak beli, xyah la. beli hanset laen. takut berputih mata la pulak nnti...huhu...

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Jadual Dalam Bulan Ramadhan.

salam semua blogger dan pembaca blog. esok ader test strength material II nie. tp sempat jgk bukak blog. hahaha. nie namanyer nak amik mood untuk start study.

ari nie nk celoteh skit jer. sbb nk study. kat sni saya ader sertakan jadual untuk setiap orang yang akan berpuasa dan yang ingin menambahkan pahala dalam bulan Ramadhan. tp pahala bukan terletak pada jadual ini atau pada saya. semua nya dari Allah S.W.T. nie sebagai peringatan saja. jangan salah anggap pulak k.

jadi kalau nak amik jer dari sni. xperlu bayar. ok. salam semua...PEACE!!!


>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Fikirkan Projek Macam Mane Kamu Fikirkan Teman Lelaki/Perempuan.


ari nie redup aje cuaca. semalam baru cuci baju tapi xkering lagi. nasib baik baju banyak. ari nie ari isnin bersamaan 9 Ogos 2010. cepat tul masa berlalu. pejam celik pejam celik dh masuk bulan Ramadhan.

ari nie kite bercerita psl salah seorang lecturer aku kat kampus. beliau salah seorang lecturer yang tip top failkan student. kali nie subjek yang aku amik dengan die subjek project Design. fuhhh...mmg seorang yang agak strict..

sebelum lebih lanjut lg aku berceloteh, biar aku kenalkn diri lecturer tue. nama die Prof Ir. Dr. Abd Aziz. pemikiran die xde sape boleh agak. lecturer-lecturer lain pun xtau mcm mne die berfikir. pelik gak aku. nk xnk aku kena tempuh jgk subjek nie. kalau boleh wat pilihan mmg aku xkan amik subjek nie.

penah satu hari tue beliau tanye satu soalan pada kitaorang. soalan die berbunyi :

" ok student. i want to ask u the simple question. what is kilogram??? "

macam2 jawapan ader tpi die xterima. sampai sekarang nie kami xtau ape jawapan yang ader kt kepala otak die. kalau dpt pinjam sekejap otak die, senang aku wat thesis aku. hahaha.


kena jadi mcm wonderpet....



last week penah die tanye :

" dream your project like you dream your GF/BF "

macam mane aku nk mimpi??. payah gak nie. ape2 pun die yg terbaik la. bak kate senior " kalau korang dpt lps subjek nie, u are an engineer".........
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Anne Tinggalkan Hot FM Ikut Suami Ke Doha.


Hari-hari terakhir Anne bersama HotFM

PENYAMPAI Hot FM, Anne atau nama sebenarnya Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli terpaksa meninggalkan stesen radio Hot FM kerana mengikut suaminya, Nik Mahathir Zainuddin yang bekerja di Doha.

Kerjaya Anne sebagai penyampai Hot FM akan berakhir pada 20 Ogos ini sebelum berangkat ke Doha lima hari kemudian. Mereka akan menetap selama lima tahun di sana.

Pemergian Anne dengan penampilan baru memakai tudung litup sejak 12 Julai lalu bakal membuatkan ramai rakan penyampai dan pendengar merinduinya.

Saat terakhir kemunculan Anne di Hot FM Mini Jam di Ipoh, Perak pada 31 Julai lalu juga membuahkan perasaan pilu di kalangan rakan-rakan penyampai dan Anne sendiri yang menitiskan air matanya tanda pemergiannya meninggalkan Hot FM.

Menceritakan tentang penampilan terbarunya itu, dia pada awalnya memasang niat untuk bertudung dari awal tahun ini, tetapi belum cukup bersedia ketika itu.

"Selepas saya dan suami pulang dari berbulan madu, terus saya nekad untuk bertudung. Masa mula-mula saya pakai ke pejabat, ramai yang terkejut," ujarnya.

Sesuai dengan penampilan barunya itu, Anne merancang untuk membuat perniagaan pakaian muslimah seperti jubah dan tudung secara dalam talian tidak lama lagi.

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments