RSS

Duhai Si Pari-Pari.........

Filem terbaru yang sempat saya tonton, Duhai Si Pari Pari (DSPP). Filem sulung arahan pengarah tak ternama, Azmi Md. Hatta. Dalam hati sudah mengharapkan ia sebuah filem yang bisa memuaskan hati,. Maklum saja filem itu dibarisi nama popular yang pernah menang anugerah pelakon terbaik.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Liyana Jasmay, Que Haidar, Remy Ishak, Harun Salim Bachik dan Nabila Huda, rupa-rupanya masih tidak cukup kuat untuk menonjolkan DSPP sebagai filem yang menarik. Agaknya kerana harapan yang lebih tinggi diberikan.

Menontonnya dapat disimpulkan DSPP hanyalah sebuah filem Melayu tipikal dengan elemen komedi seperti memek muka pelakon yang berlebih-lebihan untuk memaksa penonton ketawa. Masih sesuai lagikah sekarang?




DSPP bukanlah filem yang gagal, namun kurang berjaya untuk menaikkan martabat filem Melayu yang kita lihat semakin maju dengan adanya pengarah hebat yang pernah mencipta nama di luar negara. Bukanlah berniat menjatuhkan, namun pengarah baru haruslah muncul dengan idea kreatif yang mampu membuatkan penonton berfikir secara produktif. Bukannya merasakan tidak berbaloi mengeluarkan duit semata-mata untuk menyokong filem tempatan.

Filem ini mengisahkan Si Pari (Liyana Jasmay) turun ke bumi untuk mencari cinta sejatinya biarpun dilarang oleh bapanya. Syadon (Que Haidar) seorang pemuda lurus bendul yang dicintai Si Pari bagaimanapun telah terpaut kepada wanita lain, Mala (Nabila Huda) yang mempunyai niat jahat bersama teman lelakinya, Budi (Remy Ishak).

Berjayakah Pari mendapatkan cinta Syadon dan dapatkah Syadon menerima cinta Pari setelah mengetahui siapa Pari yang sebenarnya?

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: