RSS

FILEM ANIMASI MALAYSIA..Upin Dan Ipin...

Les Copaque Production yang mula dikenali melalui animasi Upin & Ipin berjaya mengorak langkah sekali lagi melalui ‘Geng Pengembaraan Bermula’ iaitu animasi 3D yang pertama di Malaysia.

Rasa tak puas hati jer bila tengok citer Upin&Ipin kan. Animasi yang berdurasi selama 5 minit ini cukup membuktikan bahawa animasi 3D ini amat sukar untuk dihasilkan. Filem Geng dan Upin&Ipin membuktikan bahawa industri perfileman dan animasi di Malaysia adalah setanding dengan syarikat-syarikat luar seperti Disney dan sebagainya.

Filem ‘Geng Pengembaraan Bermula’ yang bakal menjengah pawagam pada 12 februari ini telah menjalani proses produksi selama 2 tahun. Filem ini lebih cepat dihasilkan

berbandingsyarikat-syarikat produksi luar.

Turut membanggakan apabila 100% kakitangan syarikat ini adalah terdiri daripada anak tempatan. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia mampu melahirkan anak jati yang berwawasan.

http://gengmovie.blogspot.com

http://www.lescopaque.com

http://www.gengthemovie.com

http://www.upindanipin.com.my/


>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pompuan Lawa VS Pompuan Kurang Lawa.....

>Kalau perempuan lawa pendiam
> Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
> kalau perempuan tak lawa pendiam
> Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

> kalau perempuan lawa berbuat jahat
> Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
> kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
> Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

> kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
> Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
> kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
> Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

> kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
> Lelaki akan kata: ok gak la....
> kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
> Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

> kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
> Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
> kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
> Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

> kalau perempuan lawa penyayang binatang
> Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
> kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
> Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

> kalau perempuan lawa bawa BMW
> Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
> kalau perempuan tak lawa bawa BMW
> Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

> kalau perempuan lawa tak mau bergambar
> Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
> kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
> Lelaki akan kata: sedar pun diri...

> kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
> Lelaki akan cakap: caring sungguh....
> kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
> Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

> kalau perempuan lawa bersedih hati
> Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy forever
> kalau perempuan tak lawa bersedih hati
> Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

> kalau perempuan lawa masak
> Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
> kalau perempuan tak lawa masak
> Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

> kalau perempuan lawa main2 miss call
> Lelaki akan kata: takpe...
> kalau perempuan tak lawa main2 miss call
> Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

> kalau perempuan lawa hantar2 email
> Lelaki akan kata: sukenya....
> kalau perempuan tak lawa hantar2 email
> Lelaki akan cakap: balik2 email dia.boring


p/s:aku bkn laki mcm tue..aku terima semua org..ye la..tgk la aku mcm mane..tp aku bersyukur dengan kurnia dari Tuhan Yang Esa....

http://Saudagarprepaid.com/?=ref157
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Lompat Si Katak Lompat......(korang smbg sendiri yer..)


lompat sikatak lompat...
lompat lah tinggi-tinggi....
cepat lah Nuar cepat...
takut kena takeover lagi...

Anak murid lawan cikgu... tu la yang paling tepat untuk aku gambarkan dengan apa yang berlaku kat Perak skang ni... kalo sebelum ni ada orang tu duk gembar-gembur yang dia nak rampas kerajaan sebab kononnya dah bjaya memujuk 40 orang ahli parlimen kerajaan untuk lompat parti, skang ni dah jadi terbalik bila ADUN perak plak lompat parti... Kena sangat la tu kan....

Tapi yang aku tak tahan nya plak... si cikgu yang ngajar skill melompat tu bleh plak duk cakap cara tu salah dan tak menghormati keputusan rakyat yang inginkan diorang untuk memerintah negeri Perak... hampehhh kalo ko buat bleh tapi bila orang lain buat kat engko dah jadi takbleh la pulak... hape ke jadah nye ni???

Camana ko bleh cakap perbuatan ADUN Perak tu tak hormat keputusan rakyat... sedangkan sebelum ni pun ko duk ajar orang melompat parti or bleh dikatakan jugak "mengajar orang tak hormat keputusan rakyat"... Siap duk canang dalam CNN & NBC pastu stesen tv tempatan takyah cakap la mmg suma dah kuar... siap cakap penuh konpiden dan tanpa segan silu duk tipu rakyat... and now duk derhaka dengan raja plak dah... duk kata raja takde hak nak pecat orang dia tu... kalo dah raja tu yang lantik orang ngko tu jadi MB, nape plak raja yang sama tu jugak takde hak nak pecat orang ko tu jadi MB?? dasar tak tahu malu betul la ko ni... pastu duk ajar orang ramai piket buat rusuhan.... oi malaun.... raja tu la yang melambangkan kedaulatan orang2 melayu... ko duk ajar orang derhaka dengan raja tu sama la jugak tak hormat dengan bangsa ko sendiri....

Tapi aku tak heran sangat la, sebab aku memang dari dulu dah tau yang ko ni akan buat apa saja untuk dapatkan kuasa... sebab ko ni mmg giler kuasa sampai sanggup nak gadai maruah bangsa dan agama... bila aku check balik perjuangan ko ni sebenarnya adalah untuk kepentingan peribadi semata2... dulu ko tubuhkan parti ko tu pun untuk menuntut ko punya keadilan supaya dibebaskan dari ISA.... dari situ tercetus reformasi untuk membebaskan ko... pastu jadi la sebuah parti yang mana dasarnya adalah untuk memenuhi cita2 ko nak jadi PM....

Dari dulu sampai skrang mmg perangai menten jer... suma isu dalam negara di canang kat luar negara,,,, sampai US pun dah backup ko... nape diorang sampai backup ko gile2 ek? siap diorang buat kenyataan dari rumah putih yang membantah dakwaan terhadap ko??? ada apa2 ke??

Masalah kluarga takyah la nak libatkan orang luar masuk campur... kalo ko betul2 sayangkan bangsa dan negara takkan la ko sanggup kuasa luar campur tangan dalam isu negara semata2 untuk kepentingan ko tu??? ahhh benci nye aku dgn ko ni... aku dari dulu sikit pun takde rasa respect dengan ko ni.... ko tu tau cakap jer... cakap putar belit... konpiden tak tentu pasal...

ko cakap kat stesen tv luar negara yang politik dlm Malaysia dah tak stabil... punca ketidakstabilan politk negara ni pun bpunca dari ko jugak... pilihanraya dah lepas pun ko masih jugak nak pancing ahli parlimen supaya lompat parti... pastu duk buat negara tak stabil dengan mengumumkan yang negara nak kena take over oleh ngko tu sampai index saham pun jatuh tak menentu....

ahhhh malas la aku nak layan ko ni... asyik menyalak jer tapi tak jugak ko gigit.... baling batu kang baru tau... p main jauh2 lah... malas la aku nak komen pasal ko ni.... tlampau bnyk benda yang perlu dikutuk.... tapi ko ni kira terer la sebab bleh buat orang percaya dengan ko kan....kira tabik sspprriinggggg.......
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

contoh karangan UPSR ........








ape pendapat korang dengan karangan mcm nie??ape2 pun komen la dulu yer...peace!!!!
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Gambar Bunga Citra Lestari Tanpa Make-Up...

nmpk mcm cantik gak bile xpakai make up..ye la..ader sesetengah artis xble klu xmake up..kate xlawa la..tp tgk aku..make up ke x same jer...huhu..puji diri sendiri plk..

Gambar ni aku tak pasti sama ada gambar terbaru Bunga Citra Lestari atau pun tak, tapi tak kesah lah cuma aku nak komen yang kalau Bunga Citra Lestari ni tak make-up seakan-akan rupa bibik kat Malaysia pun ada, rupa budak sekolah pun ada. Ok lah aku tipu, sebenarnya post ni nak tanya korang suma, Bunga Citra Lestari ni seksi ke tak pakai macam tu? Tapi aku rasa Bunga Citra Lestari tak berapa nak salah, cuma yang salah cameraman yang ambil gambar tu. Betul-betul fokus je.. Hu Huu…

Gambar Bunga Citra Lestari Tanpa Make-Up

Gambar Bunga Citra Lestari Tanpa Make-Up

Gambar Bunga Citra Lestari Tanpa Make-Up

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

nape LEtak Nama Kereta PROton dlm INggeris??

Oh rupanya sudah ada pemenang menamakan Proton MPV, Proton MPV dinamakan "exora", berdasarkan satu bunga "ixora" ataupun siantan.

Mengapa pulu nama berasaskan Inggeris untuk pasaran Malaysia?

Mudahkah orang kampung mengeja "exora" supaya disebut sebagai "ekzora".


Kalau susah sangat, sebut sahaja Proton itu Proton Azurah.
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

EXORA mALaysia....

Gambar "misteri" yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia tentang MPV Proton bernama Exora yang bakal berada di pasaran pada bulan April nanti yang harganya di bawah RM80,000 dan didatangkan dengan lima warna berbeza.





mcm cantik..aku sokong MALAYSIA..sebab merekacipta lg satu kereta buatan MALAYSIA...aku bangga menjadi anak MALAYSIA..tp harap jgn ader problem la..ye la kn..dulu proton selalu ader problem...mcm SAvvy...baru 2 3 bulan pakai gear box dh problem...mcm mane tue??huhu..ape2 pun komen la psl kte baru nie..sedap gak namanya..EXORA...............
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Gambar YG sedang HANgat Di PASaRan.......

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Gambar Elizabeth Wong Bogel? .......


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong (Elizabeth Wong Keat Ping N37 Bukit Lanjan) mengaku gambar bogel yang tersebar kini adalah gambarnya. Beliau yang pernah menjadi jadi pembantu khas kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membuat laporan polis hari Isnin. Kini timbul desakan agar beliau meletak jawatan kerana moralnya dipertikaikan.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu gambar bogel Elizabeth Wong. Katanya, PKR akan mendapatkan keterangan Exco itu serta laporan polis sebelum memutuskan tindakan lanjut. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula berkata isu itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco Negeri, Rabu ini (Agenda Daily)



* Kalau betul, sila letak jawatan, buat pilihanraya semula.....

p/s: calonkan aku jer..confirm menang.....
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

ayah si nurhaliza meninggal dunia....Al-Fatihah..

Sesudah menjalani pembedahan bypass jantung, Jumaat lalu, ayah penyanyi terkenal Dato' Siti Nurhaliza, Tarudin Ismail, 67, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.50 pagi tadi (Ahad) di Hospital Ampang Puteri.



Allahyarham Tarudin, bekas anggota polis, meninggal dunia akibat serangan jantung serta komplikasi buah pinggang dan penyakit kencing manis.
Mengesahkan berita menyedihkan itu kepada murai.com.my , sebentar tadi (jam 12.30 tengah hari), kakak ipar Siti, Rozie, berkata Allahyarham mengembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri, Siti Salmah Bachik serta anak-anaknya. Beliau meninggalkan 7 anak dan 10 cucu.

"Abah meninggal dunia dengan tenang dan seolah-olah tahu dia akan pergi buat selama-lamanya. Dia juga sempat berkata, ibu (Salmah) akan kehilangan seorang sahabat dan Ayie tidak ada kawan lagi untuk memancing ikan.

"Selain itu, dia turut berpesan kepada Siti (Nurhaliza) agar janganlah menangis," kata Rozie dalam nada terharu.

Kata Rozie, Allahyarham telah menjalani pembedahan bypass jantung pada Jumaat lalu tetapi keadaannya bertambah kritikal sejak semalam.

"Pembedahan bypass jantung itu memang berisiko tinggi tetapi ayah sendiri yang mahukan pembedahan itu. Walaupun semua anak-anaknya tidak sanggup menurunkan tandatangan, abah tetap rela dibedah. Apapun kami sekeluarga menerima ini sebagai ketentuan takdir," kata Rozie lagi.

Siti terlalu hiba dan sayu

Ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa, petang tadi Siti kelihatan terlalu hiba dan sayu dengan pemergian ayahnya kerana sikap Allahyarham sendiri yang sentiasa ceria, bersemangat dan berfikiran positif hinggalah ke saat-saat akhir sebelum beliau dibedah.

"Siti dan semua adik beradik sempat bertemu abah buat kali yang terakhir sebelum abah dibedah di Hospital Ampang Puteri, Jumaat malam lalu. Walaupun abah sakit, dia masih sempat berjenaka dan berbual seperti biasa dengan Siti. Dia berpesan supaya Siti jangan banyak sangat menangis.

"Siti tak sangka rupanya abah hendak pergi buat selama-lamanya. Siti redha dengan pemergian abah walaupun Siti telah kehilangan seorang abah yang tiada gantinya di dunia ini. Sekurang-kurangnya abah telah melihat kejayaan Siti dari mula hingga ke saat ini," kata Siti. Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa juga kelihatan sibuk mengendalikan segala persiapan bagi menyempurnakan jenazah.

Turut kelihatan adik beradik Siti yang lain termasuk Ayie, Saidah, Saerah dan Ali. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob turut hadir memberikan penghormatan yang terakhir selain rakan artis seperti Datuk Shah Rezza, Erma Fatima, Noniswara dan produser filem Zaiton Mohd Jiwa yang juga kakak ipar Siti.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa pulang dengan sebuah ambulans ke Kampung Tempoyang di Kuala Lipis, Pahang untuk dikebumikan.
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

HIDUNG BETUL KE TIPU??

Lagi artis dengan hidung mereka yang nampak tak natural. Hari tu dibincangkan Siti Fazurina buat nose job, hari ni giliran la pulak.

Nampak pelik betul Noraniza Idris sekarang ni

Nampak pelik betul sekarang ni

Seperti biasa, tengok gambar sebelum dan selepas. Adakah buat nose job ( dan ?) atau mekap yang menyebabkan wajahnya nampak sebegitu cekang. Korang nilailah sendiri.

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Perbezaan Maksud Antara Sahabat,Kawan,Rakan dan Kenalan...


Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan. Saya menggunakan istilah seperti 'sahabat saya', 'kawan saya', 'rakan saya' dan 'kenalan saya' bagi menerangkan perbezaan maksud antara istilah-istilah tersebut.


Sahabat Saya
Sahabat saya adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri saya, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik saya tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat saya adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada saya, dan saya juga begitu.

Sahabat saya adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu saya apabila saya berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan saya, menghilangkan kebimbangan saya dan sanggup berjuang demi kebaikan saya. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban saya. Mereka akan sentiasa melindungi saya.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan saya, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila saya memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan saya berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama saya, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi saya.

Sahabat kadangkala adalah penjaga saya, pelindung saya dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama saya.


Kawan Saya
Kawan saya ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan saya dan saya mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Saya selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan saya.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


Rakan Saya
Rakan saya ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, saya ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya saya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas saya, saya boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan saya, saya bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, saya dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.


Kenalan Saya
Kenalan saya mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila saya mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan saya adalah orang yang pernah berinteraksi dengan saya tetapi saya tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Saya perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber saya kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang saya pernah kenal di internet.

Kenalan saya boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada saya menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada saya menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.




>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

PREPAID MURAH.........

Kepada Kawan-kawan...

Apakah Anda ingin

- . Kereta yang besar
- . Rumah yang cantik
- . Punya bisnis sendiri
- . Kebebasan kewangan
- . Kaya dan hidup sempurna

Tetapi bagaimana ingin mencapai itu semua

- . Perlukan Modal Besar
- . Kelulusan tinggi
- . Kerja kuat

Bolehkah anda

Dengan bermodalkan RM45 anda boleh memulakan
langkah itu......


Kejar impian biarpun selangkah



Lawati :
http://Saudagarprepaid.com/?ref=157


Selamat berjaya!


mohd rafiq bin mohd hani
http://Saudagarprepaid.com/?ref=157
>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Blogstarz: Apa Yang Kau Perlu Tahu Sebelum Lebur RM99 untuk Blog Sampah.....

Suku sakat Monsun Biz kembali lagi dengan berselindung di’sebalik nama blog.

Risau aku melihatkan orang Melayu yang mahu senang cepat tanpa peduli dengan apa cara sekalipun. Sebagaimana aku lakukan ke’atas Monsun Biz (yang entah kemana hari ini), hari ini Blogstarz akan menerima perkara yang sama.

Blogstarz adalah satu sistem penulisan blog di’Malaysia yang mendakwa menerima lebih 500,000 hits setiap hari dari seluruh dunia & akan di’lancarkan hujung tahun ini. Dengan bayaran serendah RM99, mereka yang berminat untuk menulis blog akan menerima ‘pelbagai keistimewaan’ sehingga mereka yang buta IT pun mampu menjana duit di’internet.

Ini adalah antara perkara yang perlu kau tahu tentang Blogstarz sebelum kau menyertai mereka kerana pujukan janji manis (aku tahu’lah kau Melayu tipikal sukakan duit mudah).

Blogstarz adalah Multi-Level Marketing (MLM)

Jika kau sudah menyertai mereka dengan bayaran RM99, seseorang yang sudah sedia di’dalam sistem mereka akan menerima komisyen RM15. Kau pun mesti mahu juga RM15 untuk balik modal, maka kau akan recruit lagi orang lain & secara automatik tergolong dalam mereka yang sangat annoying.

Komisyen tertinggi kau boleh terima adalah RM225 untuk satu pendafaran Pakej Director bernilai RM1,485. Bukankah MLM juga begitu konsepnya?

ClickShare Adalah Haram. Hah!

Kalau founder Blogstarz baca yang ini, pasti aku di’cincang lumat. Begini, ClickShare adalah satu sistem di’mana pendapatan dari pengiklanan di’kongsi bersama semua ahli. Konsep bagus. Tetapi, untuk menjana pendapatan ini, Blogstarz meminta ahli mereka untuk click iklan yang ada sekurang-kurangnya 15-20 kali sehari. Itu namanya penipuan dalam sistem pengiklanan.

Awal terbitnya Blogstarz, aku terlihat kelibat Google Adsense di’gunakan dan kini tiada lagi (kerana Google Adsense amat benci akan mereka yang meminta orang lain click & memberikan insentif). Iklan sekarang di’keluarkan sendiri oleh ODSB (salah satu syarikat berkait Blogstarz).

Bagaimana pengiklan mahu menjalankan pengiklanan jika mereka tahu click yang mereka dapat tidak neutral?

Karl Iskandar Bukan Sesiapa Dalam Dunia Internet

Aku tidak kata seseorang itu harus popular dalam dunia internet untuk mewujudkan sistem sebegini, tetapi sekurang-kurangnya kau perlu ada blog sendiri atau satu website yang kau bina dan berjaya menarik perhatian ramai. Aku tidak pernah kenal siapa Karl Iskandar.

Jika kau membaca biodata’nya, hobi Karl Iskandar adalah membaca & melayari internet. Sekadar melayari internet tidak akan membuatkan kau menjadi sesiapa. Build something remarkable on the net & people will recognize you.

Tiada Blog Dalam Blosgstarz

Blogstarz semuanya berkaitan recruit orang baru (selain sistem SMS yang ketinggalan zaman) supaya ahli mereka boleh menjana duit online. Teras terpenting blog iaitu kandungan yang bernilai & bagus tiada langsung di’tekankan dalam Blogstarz.

Founder Blogstarz hanya pentingkan duit untuk kantung mereka. Mereka mendakwa menerima RM5juta sebagai modal. Jika aku di’beri 1/5 dari nilai tersebut pun, aku boleh bina sistem yang jauh lebih baik & menawarkan nilai blog sebenar untuk masyarakat.

Kesimpulan

Jika kau berfikir untuk join Blogstarz ini kerana ‘peluang’ menjana duit yang mereka janjikan, kau perlu lihat apa yang terjadi kepada Monsun Biz. Tiada beza perjalanan mereka, Bermula dengan hype yang keterlaluan & berakhir dengan gagal yang kemaluan.

Orang-orang di’belakang sistem Monsun Biz & Blogstarz ini tidak tahu apa-apa tentang internet, tentang berubahnya cara manusia berkomunikasi, berfikir & perniagaan itu sendiri. Mereka hanya ingin sertai kerana duit.

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

BERCUTI KE CAMERON HIGHLAND....

kat atas puncak gunung...

posing yg paling baik la...


mat2 bunga semua tue....

nie semua kwn2 aku kt UNISEL...diaorg nk sgt pg sni..xpnh pg diaorg ckp..jd aku n member aku yg kt ipog jgk bwk la diorg pg cameron highland...ye la..bkn senang kul 1 ptg masih rasa sejuk2 lg..klu kt KL mcm la dpt rasa suasana mcm nie...huhu...ape2 pun diaorg happy dtg sni...tue yg paling penting...

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments