RSS


Perkahwinan Adat Jawa & Helikopter

Majlis Persandingan Mawi & Ekin di Felda Taib Andak mencipta sejarah apabila menjadi artis tempatan pertama yang menaiki helikopter ke majlis persandingan mereka. Kedua-dua mempelai diterbangkan dari Hotel Sofitel kira-kira pada jam 1.00 petang dan mendarat di perkarangan padang Sekolah Rendah Sinar Bahagia, Taib Andak kira-kira pada jam 1.30 petang. Juruterbang Kapten Zuraidi Muhamad dan Kapten Halim Abdul Rahman adalah orang yang bertanggungjawab menerbangkan helikopter tersebut.

Tidak cukup dengan itu, pasangan Raja Sehari, Mawi dan Ekin telah menaiki sebuah Mercedes CLK 350. Yang menjadi luar biasa Ekin yang memandu kereta mewah tersebut sambil Mawi melambai-lambaikan tangan ke arah peminatnya. Mereka diarak menuju ke Padang Awam Felda Taib Andak dengan diiringi deretan motorsikal berkuasa tinggi serta beberapa buah kereta antik daripada kumpulan Johor Bikerz.

Majlis Persandingan Mawi & Ekin menjadi lebih meriah apabila diserikan dengan acara pembukaan iaitu persembahan Silat Sendeng Hang Tuah setibanya mereka di pelamin. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa untuk memohon keberkatan dan disusuli dengan sesi bergambar dengan kaum keluarga yang hadir.

Para peminat yang hadir tidak dilupakan, Mawi dan Ekin mengambil peluang yang ada untuk bersalam-salaman dengan peminat sebelum masuk ke dalam dewan untuk upacara persandingan di pelamin ala Kraton Jawa yang tersergam indah. Majlis persandingan yang bertemakan Jawa itu dilengkapkan lagi dengan Payung Jawa yang besar dan persembahan barongan oleh Kumpulan Barongan Parit Raja.

Majlis persandingan Mawi & Ekin tambah meriah apabila dikendalikan oleh Yassin dan Bob Kuman selaku pengacara di dalam dewan, manakala Johan dan Zizan menguruskan acara di padang awam.

Seperti biasa acara menepung tawar dilakukan oleh kedua-dua pihak keluarga dan diikuti dengan majlis makan beradab. Sesi bergambar bersama keluarga, sanak-saudara, pihak penaja, wakil media serta kakitangan Astro dan Maestro Talent diteruskan untuk menjadi kenang-kenangan.

Tetamu yang hadir dijamu dengan Menu Jawa antaranya Nasi Halia, Ayam Penyet Pecelele serta ulam-ulaman dan aiskrim Cornetto Wall's sebagai pencuci mulut. Majlis persandingan ini berjalan lancar seperti yang telah dirancang dan selesai kira-kira pada jam 5 petang dan diikuti dengan sidang media bersama pihak media yang hadir.

>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: